SERIMBUN ENTERPRISE

KAMI MENYEDIAKAN LOT PENIAGAAN UNTUK DI SEWA DAN MENJALANKAN BERBAGAI PERNIAGAAN

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DI BERI OLEH PIHAK KAMI


SMS pesan barang dapurOleh Rosmaliana Aida Mohd Adnanrosmaliana@hmetro.com.my


KAJANG: Pasar Borong Kajang di Kajang Perdana yang mula beroperasi sejak dua minggu lalu menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan dengan kos minimum ke rumah pembeli bagi memudahkan peniaga di pasar berkenaan.Bagi melaksanakan perkhidmatan itu, pihak pengurusan pasar borong berkenaan menyediakan 10 motosikal bagi kegunaan penghantaran hingga ke depan rumah pelanggan.Pengerusi Bahagian Pengurusan Pasar Borong Kajang, Rasidah Md Sarip, berkata ia adalah fasa pertama perkhidmatan sebagai keistimewaan pasar borong berkenaan memandangkan ia masih baru di kalangan penduduk.“Bagi jarak kurang dari 10 kilometer (km) bayaran penghantaran ialah RM5 dan jika lebih 10 km, tambahan RM2 dikenakan berdasarkan lokasi dan jarak perjalanan.


“Pelanggan hanya perlu menghantar SMS ke talian 017-3680900 untuk memesan barangan tanpa perlu bersusah payah datang ke pasar,” katanya ditemui sebelum majlis perasmian pembukaan pasar berkenaan.
Hadir menyempurnakan majlis perasmian pasar borong berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Lee Kim Sin.Pasar borong berkenaan siap dibina empat tahun lalu, tetapi hanya mula beroperasi dua minggu lalu dengan 64 peniaga.Pasar berkonsepkan mini borong yang di buka 24 jam itu menyasarkan pelanggan di kalangan penduduk Kajang, Semenyih dan Nilai memandangkan kawasan terbabit berada di tepi jalan besar.Rasidah berkata, dengan pembukaan pasar borong ini, ia membantu menyelesaikan masalah penduduk yang memerlukan barangan basah dan kering pada harga berpatutan.“Mereka tidak lagi perlu mendapatkan bahan terbabit di pasar yang jauh seperti kebiasaan kerana dengan pembukaan rasmi pasar ini pasti ia dapat menyenangkan penduduk sekitar,” katanya.Menurutnya, bagi mengelak persaingan antara peniaga, pihak pengurusan membenarkan seseorang peniaga memiliki sehingga lapan lot jualan.“Asalnya maksimum lot dibenarkan ialah dua, tetapi kami memberi kelonggaran kepada peniaga memandangkan bahan yang dijual hampir sama.“Sekurang-kurangnya dengan pembahagian sebegini, adil untuk semua pihak merasai hasil jualan,” katanya

PERASMIAN KAJANG PERDANA






















PERASMIAN KAJANG PERDANA TELAH DI ADAKAN PADA 15 OGOS 2009.PERASMIAN TELAH DI RESMIKAN OLEH DUN KAJANG .

LOT PASAR UNTUK DI SEWA








PASAR BORONG KAJANG PERDANA,
KAJANG PERDANA,
43000 KAJANG,
SELANGOR

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA.


























About Me

CHERAS, SELANGOR
MD RAFFI MD SARIP 018-2088890 / RASHIDAH MD SARIP 017-2542613

Labels

SHOUT BOX


ShoutMix chat widget

FEEDJIT Live Traffic Feed

Followers